Front Passenger Takata Airbag Special Service Campaign for CBU/Recon Car – by Adnan and Paul

Hai semua,

Seharusnya ketika anda membaca artikel ini, anda telah pun mengetahui tentang Takata recall program, yang melibatkan kegagalan komponen airbag Takata, yang telahpun meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa. Perkongsian kami di sini adalah untuk memberi panduan kepada pemilik kereta Toyota recond di Malaysia, untuk mendapatkan penggantian airbag percuma daripada Toyota Malaysia, bagi kenderaan yang terlibat.

Kami mengharapkan anda memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Toyota Malaysia dan service center, dengan memberikan mereka masa secukupnya untuk tindakan lanjut mereka menikut SOP mereka, sebelum anda membuat proses escalation.

Langkah-langkah yang perlu anda ikuti adalah:

  1. Dapatkan VIN number untuk kenderaan anda. Format VIN number adalah seperti (hanya sekadar contoh): ANH20-XXXXXXX. Anda boleh menapatkan VIN number kenderaan anda dengan merujuk “No. Chasis” di geran kenderaan anda, atau anda juga boleh merujuk penduan ini: https://toyota.com.my/misc/how-to-locate-your-vin-chassis-no
  2. Lakukan semakan sekiranya kenderaan anda terlibat dengan “recall” yang dimaksudkan, dengan memasukkan VIN number anda. Semakan boleh di lakukan di sini portal Toyota Jepun: http://www.toyota.co.jp/recall-search/dc/en/search
  3. *Updated* : Pautan carian telah dikemaskini kepada portal Toyota English. Screenshot di perkara 4 tidak lagi perlu diterjemahkan
  4. Sekiranya hasil semakan anda memberikan paparan seperti dibawah, anda layak untuk mendapatkan pengantian Takata airbag percuma, dan adalah penting untuk anda berbuat demikian demi keselamatan anda:
    Screen Shot 2018-03-16 at 6.39.17 PM

Bagi kenderaan yang terlibat dengan program recall ini, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan penukaran komponen secara PERCUMA:

  1. Muat turun dan isikan maklumat yang dikehendaki didalam Excel file ini. [download here]. Maklumat yang dikehendaki boleh didapati dari geran pemilikan kenderaan anda (JPJ).
  2. Setelah disikan maklumat yang dikehendaki, emailkan Excel file tersebut ke: customersupport@toyota.com.my dengan template email berikut:
    Subject: Front Passenger Airbag Special Service Campaign
    Content:

    Hi Toyota Customer Support,

    I’m a proud owner of the Grey CBU Toyota vehicle as per the information provided in the attachment.

    As per my checking in Toyota Japan recall portal, http://www.toyota.co.jp/recall-search/dc/en/search , my vehicle is affected, involve and eligible in at least one recall program.

    Kindly assist in getting the part(s) replaced. I strongly believe in UMWT and TMC commitment and effort to keep your customers and vehicles safe.

    Thanks

  3. Sila berikan kerjasama sepenuhnya untuk Toyota Malaysia memproses dan menghubungi anda semula. Tempoh wajar untuk anda menunggu maklum balas adalah sekitar 10 hari bekerja (2 minggu bekerja). Anda diminta untuk tidak terus mengambil langkah “escalation”.
    *** Escalation process 
    (seandainya email anda tidak mendapat maklumbalas):Sekiranya anda gagal untuk menerima sebarang maklumbalas atau update setelah 10 hari bekerja, SETELAH 10 HARI BEKERJA, forwardkan semula email yang telah dihantar terdahulu (bersama attachment)
    To: customersupport@toyota.com.my
    CC: info@toyota.com.my ; ap-overseas@mail.toyota.co.jp ; e-aduan@kpdnkk.gov.my
    New content:

    Hi all,

    May I get the update of my previous email?

    As a customer and owner of the Toyota vehicle, I am concerned with the safety issue and dangerous condition of my vehicle that deserves your prompt and urgent attention.

    Thank you for your prompt consideration of this matter.

    Many thanks

  4. Setelah diproses, anda akan menerima panggilan daripada Toyota Malaysia untuk pengesahan beberapa perkara, semakan part(s), dan service center terdekat dengan anda atau pilihan anda.
  5. Panggilan telefon mungkin akan berlarutan hingga ke beberapa episod. Harap bersabar dan berikan sepenuh kerjasama.
  6. Setelah komponen yang terlibat telah ditempah atau telahpun sampai, anda sekali lagi akan mendapat panggilan untuk menetapkan temujanji dengan pusat servis Toyota bagi tujan pengantian komponen yang terlibat.
  7. Hadir ke pusat service di tarikh temujanji untuk penukaran komponen. Proses penukaran komponen biasanya mengambil masa sekurang-kuranya 2 jam. Dan tiada bayaran dikenakan.
  8. Setelah selesai penukaran, berikan pujian sewajarnya kepada mereka yang terlibat. Baik di Toyota customer service, Toyota HQ yang menghubungi anda, pusat service, dan lain-lain
  9. Kongsikan kepada rakan-rakan, kelab kereta, dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *